MESYUARAT LEMBAGA PELAWAT PSIKIATRI BIL 6/2026

Lawatan wad psikiatri dan mesyuarat Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah Bil 6/2026 telah saya pengerusikan pada 24 Jun 2026. Kebanyakan kes yang dirawat dalam wad ketika ini adalah pesakit bipolar disorder.

Dalam mesyuarat ini, kami membincangkan isu-isu berkaitan pesakit mental yang telah didiscaj yang mana rawatan dan pemantauan susulan mereka perlu diselaraskan antara pasukan psikiatri komuniti hospital dan klinik kesihatan yang berdekatan.










Comments