Pada 16 Jun 2026, saya menghadiri mesyuarat persidangan kes yang membincangkan pengurusan tiga bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang terlibat dadah. Turut dibincangkan adalah pendekatan rawatan pemulihan yang paling sesuai untuk ibu tersebut dan alternatif penjagaan terbaik untuk anak-anak mereka yang lain. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Siti Aisyah binti Abdul Ghani, Ketua Unit Pembangunan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar.
Pada pandangan saya, sudah sampai masanya perlu digubal satu dasar dan garis panduan yang standard di peringkat nasional bagi menyelaraskan pengurusan kes wanita hamil terlibat dadah secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi.
Buat masa ini, Klinik Kesihatan, AADK dan JKM di Daerah Kota Setar walaupun bergerak secara berasingan mengikut ruang lingkup masing-masing dan tiada platform rasmi bagi membincangkan dan menangani isu ini, telah sanggup mengambil inisiatif sendiri mengadakan sesi persidangan ini demi menyelamat anak bangsa.


Comments
Post a Comment