Pada 24 Jun 2026, Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Siri 1/2026 Daerah Kota Setar telah diadakan di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya bersyukur kerana diberi peluang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ancaman Dadah dan Vape kepada Remaja’ di sekolah lama saya ini. Dalam ceramah, saya turut selitkan ciri-ciri lelaki qawwam iaitu sesuai dengan motto sekolah ini iaitu ‘Scholar Sportsman Gentleman’.
Selain itu, pengisian berkaitan penjagaan kesihatan mental remaja disampaikan oleh Dr Alyani binti Mohd Mohsin, Pakar Perubatan Keluarga dan ceramah kesedaran gangguan seksual terhadap kanak-kanak disampaikan oleh Puan Siti Aisyah binti Abdul Ghani dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar.
Program telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Haji Rosli bin Endut, Pengetua KSAH. Ini merupakan destinasi sekolah pertama program advokasi untuk tahun ini. Terima kasih KSAH atas kerjasama dan mengembalikan nostalgia saya di alma mater saya ini.
























Comments
Post a Comment