Pada 13 Julai 2026, saya telah dijemput untuk bersama menyertai AADK Kedah dalam lawatan dan pemantauan di dua Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) iaitu Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak Darul Munawarah, Sintok dan Pusat Pemulihan Bina Insan Al-Kalalah, Kuala Nerang.
Kedua-dua pusat ini menggunakan pendekatan kerohanian untuk klien-klien mereka yang terlibat dadah. Tujuan utama lawatan pemantauan ini adalah bagi memastikan kebajikan semua klien di sini terpelihara dan operasi pusat-pusat ini sentiasa mematuhi Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 2024.
Saya mengambil kesempatan meninjau kemudahan yang terdapat di PPP ini dan menggalakkan pengusaha PPP ini agar mengadakan program kerjasama dengan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) daerah masing-masing iaitu JKPD Kubang Pasu dan Padang Terap agar kepakaran ahli-ahli JKPD turut dapat dimanfaatkan untuk klien-klien di pusat pemulihan dadah swasta.

















Comments
Post a Comment