Terima kasih diucapkan kepada Dr Sopian bin Haji Brahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat atas kesudian melawat Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Daerah Kota Setar yang beroperasi di Arked MARA Kuala Kedah pada 21 Julai 2026.
Lawatan memberi fokus kepada:
-Pemantauan pengoperasian dan tadbir urus PAKK
-Semakan kemudahan serta persekitaran yang kondusif dan selamat.
-Perbincangan bersama penyelaras mengenai pelaksanaan aktiviti, cabaran dan cadangan penambahbaikan.
-Pengukuhan peranan PAKK sebagai pusat pembangunan, perlindungan dan sokongan kepada kanak-kanak serta komuniti.
Beliau Pengarah JPKK turut merakamkan penghargaan atas komitmen Penyelaras PAKK dan berharap usaha memperkasakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dapat diteruskan secara berterusan demi kesejahteraan dan pembangunan menyeluruh kanak-kanak.





Comments
Post a Comment