Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara 2026 Daerah Kota Setar pada 23 Julai 2026 telah dipengerusikan oleh Tuan Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Kota Setar.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Belia Daerah dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Kota Setar kerana sudi melantik dan menjemput saya sebagai pakar rujuk untuk persidangan kali ini.
Tiga usul telah dibentangkan iaitu usul agama, kesihatan dan sosial. Insya Allah pengalaman saya yang pernah berkhidmat sebagai Exco Majlis Belia Negeri dan Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri serta penglibatan semasa dalam pelbagai organisasi berasaskan komuniti (community based organisation) memberi ruang kepada saya untuk berkongsi serba sedikit buah fikiran demi kebaikan dan manfaat golongan belia di Daerah Kota Setar.

















Comments
Post a Comment