MANTAN PEGAWAI PERPADUAN YANG BERHEMAH TINGGI

Pada 29 Jun 2026, saya menerima perkhabaran dukacita apabila mendapat berita kepulangan ke rahmatullah seorang sahabat baik saya iaitu mantan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Tuan Zaizulaman bin Zainal Abidin.

Allahyarham walaupun sudah bertukar ke Perak untuk menjadi Pegawai Perpaduan Daerah Kinta tetapi masih lagi sering menghubungi saya dan sentiasa menjemput saya untuk singgah di rumahnya di Ipoh. Sepanjang perkenalan, kami banyak terlibat bersama dalam program-program kemasyarakatan yang sangat dijiwainya. Beliau sangat komited dan tidak pernah penat menghadiri setiap aktiviti anjuran komuniti di seluruh pelusuk daerah siang dan malam. Sesungguhnya Allahyarham adalah seorang insan yang berhemah tinggi dan sangat baik.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang soleh.








Comments