Pada 1 Julai 2026, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar Bil 2/2026. Antara program yang dirancang demi membantu kepulihan klien AADK adalah :
1. Program Srikandi Sejahtera - khas untuk klien wanita bagi memupuk penghayatan nilai agama sebagai asas pemulihan, meningkatkan kesedaran tentang kesihatan wanita, kesihatan mental dan pencegahan relaps, serta memperkukuh institusi keluarga dan kemahiran komunikasi
2. Pertandingan Joran Harapan Baharu untuk klien-klien penggemar aktiviti memancing
3. Futsal Hari Malaysia untuk klien-klien belia bawah umur 30 tahun dengan kerjasama Skuad AADK dan Majlis Belia Daerah
4. Kunjungan hormat Pegawai Pendidikan Daerah untuk perbincangan inisiatif Jaringan Intervensi Awal Kanak-kanak Berisiko (JIWA) - usaha khas untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang terlibat dengan penggunaan vape berdadah untuk menjalani rawatan pemulihan di bawah Seksyen 9 Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan 1983 (pindaan 2024)
5. Kunjungan hormat Pegawai Zakat Daerah untuk perbincangan bantuan dan program kebajikan untuk klien-klien B40
6. Forum Awam Pencegahan Dadah melibatkan pemimpin-pemimpin komuniti dengan kerjasama Jabatan Perpaduan, MCPF dan IPD Kota Setar
7. Mesyuarat pengurusan kes wanita dan kanak-kanak terlibat dadah
8. Ziarah kasih untuk sumbangan kebajikan klien yang memerlukan
9. Temuseru klien yang langgar syarat pengawasan
10. Program Jaringan Kasih Inspirasi Hidup - aktiviti kem perkhemahan untuk klien-klien bagi membentuk jatidiri dan ketahanan mental dan fizikal dengan kerjasama Skuad Sukarelawan 4x4 Utara.
Turut hadir adalah Ketua AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena, Tuan Zakaria bin Mat Saed. Semoga semua perancangan akan berhasil dan berjalan lancar.


Comments
Post a Comment