MESYUARAT PASUKAN PELINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH KOTA SETAR BIL 3/2026

Pada petang 30 Jun 2026, saya telah mempengerusikan mesyuarat Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar Bil 3/2026. Antara perkara yang dibincangkan adalah persediaan audit Pusat Aktiviti Kanak-kanak, kes pengabaian kanak-kanak dan penganjuran program yang akan datang.

Antara program yang dirancang adalah Program Bubur Asyura dan ceramah anti buli di Masjid Putra Kuala Kedah, Program Kayuhan Merdeka dan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak di SK Taman Uda.




Comments