Pada 19 Muharram 1448H bersamaan 5 Julai 2026, Program Bubur Asyura 1448H Pekan Kuala Kedah telah diadakan. Program ini diadakan dengan kerjasama Masjid Putra Kuala Kedah, Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Kota Setar dan Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar.
Selain aktiviti kacau bubur syura, satu slot ceramah anti buli turut diatur melibatkan kanak-kanak dari kawasan sekitar. Ceramah disampaikan oleh Cikgu Mohd Shukor bin Salleh, Setiausaha Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar.
Semoga program ini akan mengeratkan lagi silaturahim dan mempromosi Pusat Aktiviti Kanak-kanak di Arked MARA Kuala Kedah sebagai sebuah pusat sehenti di sini.




















Comments
Post a Comment