Program JKPD Memperkasakan Kes Sukarela 2026 telah diadakan pada 27 Julai 2026 bertempat di Pawana Jerai Resort, Yan melibatkan penyertaan Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dari seluruh Negeri Kedah.
Tujuan utama program ini ialah untuk memperkasa JKPD bagi memainkan peranan dalam mengalakkan pertambahan klien yang tampil mendapatkan rawatan pemulihan secara sukarela. Perkara inilah yang dikongsikan oleh penceramah jemputan En Suzaidy Sulaiman, mentor kepulihan yang telah berjaya melaksanakan inisiatif ini di Selangor.
Konsep rawatan pemulihan sukarela ini sangat bertepatan dengan konsep menyah jenayah oleh AADK berdasarkan pindaan Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1998 yang mengubah definisi penagih kepada pesakit. Saya selaku Pengerusi JKPD Negeri Kedah turut menekankan agar semua ahli JKPD menghayati konsep ini ketika berucap dalam majlis penutupan. Program telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg Tuan Md Razif bin Wan, Pengarah AADK Kedah.





















Comments
Post a Comment