BERAKHIR PENGGAL KETIGA PENGERUSI ALP PSIKIATRI

Tarikh 3 Ogos 2026 merupakan hari terakhir untuk kami Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah mengadakan lawatan wad dan mesyuarat bulanan setelah genap tempoh 3 tahun kami berkhidmat bagi sesi yang bermula pada 2023.

Alhamdulilah, saya telah dikurniakan kesihatan dan kesempatan untuk mempengerusikan mesyuarat bulanan lembaga tanpa gagal iaitu sebanyak 32 kali berturut-turut sejak dari mesyuarat lantikan pertama lagi. Ini merupakan penggal ketiga saya berkhidmat sebagai pengerusi, iaitu sebelum ini adalah pada sesi 2015-2017 dan 2018-2020.

Banyak pencapaian yang boleh disenaraikan di sini, antaranya kejayaan menambahbaik fasiliti dalam wad untuk keselesaan pesakit, menguruskan penempatan pesakit sebatang kara yang memerlukan pembiayaan, mengadakan persidangan kes bersama keluarga dan agensi berkaitan terutamanya melibatkan kebajikan pesakit kanak-kanak dan pesakit penagihan, serta menganjurkan program-program kesedaran kesihatan mental bersama masyarakat awam. Insya Allah program kesedaran kesihatan mental perlu digiatkan lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah dengan memberi penekanan tentang kesan bahaya penyalahgunaan dadah kepada kesihatan mental.

Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah dan Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di atas segala kerjasama dan sokongan yang telah memudahcarakan kami dalam melaksanakan amanah ini.














Comments