MAJLIS PERASMIAN KLINIK PAKAR PSIKIATRI

Majlis perasmian ruang menunggu baharu Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah telah disempurnakan oleh YBhg Dr Fauziah binti Abd Wahab, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah pada 26 Ogos 2026.

Pengubahsuaian dan penambahan ruang menunggu klinik ini amat bertepatan demi keselesaan pesakit dan akan mampu menampung pertambahan jumlah pesakit yang meningkat saban tahun sejak klinik ini mula beroperasi 10 tahun lalu.

Kami Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri turut menerima sijil penghargaan daripada Puan Pengarah setelah menamatkan perkhidmatan bagi sesi 2023-2026.

Majlis ini juga diadakan bagi meraikan persaraan Puan Pengarah yang bakal bersara wajib lagi dua hari. Selamat bersara Dr Fauziah, terima kasih atas segala khidmat bakti kepada Hospital Sultanah Bahiyah.
























Comments