PROGRAM SRIKANDI SEJAHTERA 2026

Pada 3 Ogos 2026, Program Srikandi Sejahtera 2026 anjuran bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar dan KEMAS Parlimen Alor telah diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat, KEMAS Alor Setar, Mergong. Program ini buat julung kalinya diadakan dengan tema ‘Memulih Jiwa, Memperkasa Wanita, Mengukuhkan Keluarga’.

Program ini mengumpulkan 33 orang klien wanita AADK Daerah Kota Setar yang telah diberi pengisian bagi
* Memupuk penghayatan nilai agama sebagai asas pemulihan.
* Meningkatkan kesedaran tentang kesihatan fizikal dan mental wanita.
* Memperkukuhkan institusi keluarga melalui komunikasi dan sokongan yang positif.
* Memberikan motivasi kepada peserta untuk meneruskan kehidupan bebas dadah.

Penceramah jemputan terdiri daripada Ustazah Normida binti Rashid dari KEMAS, Dr Siti Zubaidah binti Ismail, Pakar Perunding Psikiatri Komuniti, Hospital Sultanah Bahiyah dan Encik Muhamad Hafizul bin Shaharuddin, Pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Program diakhiri dengan demonstrasi masakan sihat di bawah inisiatif Program Kursus Dapur Sihat Keluarga KEMAS. Program dirasmikan penutupan oleh Encik Badrul Amini bin Osman sebagai mewakili Pegawai KEMAS Parlimen Alor Setar.














Comments