Tahniah Pasukan Setar Kids yang mewakili Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Daerah Kota Setar atas kejayaan meraih tempat ketiga di Kejohanan Futsal PAKK Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Amanjaya Sports Arena pada 2 September 2026.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Syahrul Nasir bin Mat Rais, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kanak-kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.






Comments
Post a Comment