Sijil penghargaan telah disampaikan kepada :
Noor Farisyah Aqila binti Mohd Farid
Saidatul Syakirah binti Mohd Aris
Anis Najiha binti Abd. Rahman
Sijil ini merupakan tanda penghargaan Mahsuri Medical Centre (MMC) kepada mereka kerana telah membangunkan sebuah laman web aplikasi Mama AI untuk pesakit-pesakit MMC. Aplikasi perjalanan kehamilan ini mengandungi rekod kesihatan kehamilan pesakit seperti tekanan darah, berat badan, haemoglobin dan baby kick, informasi tentang kehamilan sihat, soal jawab chatbot dan notifikasi tarikh temujanji.
Mereka ini adalah pelajar-pelajar tahun akhir diploma jurusan teknologi maklumat Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah (Polimas) dan laman web ini merupakan projek tahun akhir mereka. Tahniah diucapkan dan semoga berjaya cemerlang dalam pembentangan dan peperiksaan akhir nanti.\





Comments
Post a Comment