Pada 7 Oktober 2026, saya telah mengadakan satu lawatan bersama Pasukan Psikiatri Komuniti Hospital Sultanah Bahiyah di Tongkang Yard, Alor Setar untuk meninjau keadaan seorang pesakit mental. Beliau berumur 58 tahun dan didapati tidak lagi sesuai untuk tinggal di sebuah rumah pusaka yang usang. Ketika kami sampai, beliau berada dalam keadaan tidak berpakaian dan enggan menerima rawatan suntikan ubat.
Kami berbincang dengan adik tiri beliau untuk menempatkannya di sebuah rumah kebajikan swasta dengan bantuan pembiayaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat untuk penjagaan dan pemantauan yang lebih baik. Kami pihak Lembaga Pelawat Psikiatri sedia membantu pihak keluarga untuk memudahcara proses permohonan bantuan ini.
Selepas itu kami singgah di Rumah Pangsa Seberang Perak untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan seorang pesakit mental daripada jiran yang menjaganya. Alhamdulilah keadaan beliau stabil dan komplian dengan rawatan. Turut bersama dalam lawatan ini adalah Pakar Perunding Psikiatri Komuniti, Dr Siti Zubaidah binti Ismail.









Comments
Post a Comment