MANIFESTO PARTI MANDAT MAHASISWA UUM

Baru-baru ini saya dijemput untuk mengendalikan bengkel aspirasi dan penggubalan manifesto untuk calon-calon Parti Mandat Mahasiswa yang bertanding dalam Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berakhir minggu lalu. Saya mencadangkan penekanan terhadap 3 tema utama yang perlu digariskan dalam manifesto tersebut iaitu kebajikan mahasiswa, kecemerlangan akademik dan kebolehpasaran serta pembinaan karakter pelajar.

Tahniah diucapkan kepada 18 calon parti ini yang telah berjaya memenangi kerusi yang ditandingi masing-masing. Kepada calon yang belum menang, jangan putus asa, teruskan menambah ilmu dan berkhidmat. Saya pun pernah kalah dalam pilihanraya, tetapi pengalaman yang diperoleh sangat berharga dan bermakna.









Comments