Pada 7 Oktober 2026, saya telah menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Masjid Tuan Husain Titi Gajah untuk penganjuran Program Temuseru Komuniti (PROTEK) bersama Mahsuri Medical Centre pada akhir bulan ini. Sebelum ini, saya telah mengadakan perbincangan awal bersama Tuan Haji Mohd Adib bin Omar, Imam Masjid Tuan Hussain, Titi Gajah.
Alhamdulilah mesyuarat berjalan lancar dan sambutan sangat positif daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Tuan Husain. Insya Allah program ini akan turut disertai Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar.





Comments
Post a Comment