MESYUARAT PENGURUSAN KES WANITA DAN KANAK-KANAK TERLIBAT DADAH BIL2/2026

Pada 5 Oktober 2026, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Kes Wanita dan Kanak-kanak Terlibat Dadah Daerah Kota Setar Bil 2/2026.

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pembangunan Kanak-kanak JKM Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Klinik-klinik Kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Perpaduan Daerah, Pakar Psikiatri Ketagihan Hospital Sultanah Bahiyah, Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah, Rumah Superkids dan AADK sebagai urusetia yang sentiasa komited memastikan gerak kerja menyelamat anak bangsa ini terus aktif. Hasil mesyuarat ini akan dilaporkan kepada Tuan Pegawai Daerah Kota Setar sebagai makluman tentang perkembangan gerak kerja ini.

Walaupun tidak semua kes dapat diselesaikan, sekurang-kurangnya ada usaha agar klien-klien wanita ini dihantar untuk rawatan pemulihan dan bayi mereka yang baru lahir dapat diselamatkan serta anak-anak yang terabai pula telah diberi peluang untuk kehidupan yang lebih baik. Kerja ini tidak akan habis selagi kita memegang amanah tidak kira sama ada sebagai penjawat awam, pemimpin NGO atau ketua komuniti.








Comments