Pada 20 Oktober 2026, saya telah mempengerusikan satu persidangan kes berkaitan seorang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang ibu yang terlibat dadah. Ternyata ibu tunggal ini tidak sesuai untuk diberikan hak penjagaan selagi tidak menerima rawatan pemulihan untuk penagihannya. Untuk makluman bayi ini adalah kelahiran anak tak sah tarafnya yang ke-4 dan hanya seorang sahaja anaknya yang dilahirkan dalam ikatan perkahwinan yang sah.
Cabaran utama mesyuarat ini adalah membincangkan dan menilai orang yang layak dan sesuai untuk diberi tanggungjawab menjaga bayi ini dengan memberi lebih keutamaan kepada pendekatan pemeliharaan berasaskan keluarga seperti dalam Akta Kanak-kanak 2001.
Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Pemulihan AADK, Pakar-pakar Perubatan Keluarga dan jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan Kuala Kedah dan Klinik Kesihatan Langgar serta Pelindung-pelindung Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana hadir dan memberi komitmen bagi menyelaraskan tindakan bersama.



Comments
Post a Comment