PROGRAM ADVOKASI KASIH KANAK-KANAK DAERAH KOTA SETAR 2026

Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak : Kasih Kanak-kanak Daerah Kota Setar 2026 pada 30 September 2026 telah dirasmikan oleh YBhg Puan Fazilah binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah. Tahun ini SK Taman Uda, Alor Setar dipilih menjadi tuan rumah.

Antara pengisian program adalah Forum Pencegahan Buli dan Gangguan Seksual, pameran reruai PDRM, JKM dan AADK, penyampaian Anugerah Pelajar Keperibadian Unggul dan sumbangan untuk pelajar asnaf. Selain itu, persembahan menarik yang telah memenangi anugerah di pelbagai peringkat turut disajikan antaranya tarian tradisional, bicara berirama, pancaragam dan Remote Control (RC) jet. Ternyata sekolah ini bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi pencapaian ko-kurikulum juga hebat.

Terima kasih SK Taman Uda kerana menjadi tuan rumah yang sangat komited. Dengan komitmen padu guru dan waris pasti sekolah ini mampu melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.






























Comments