MESYUARAT JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH (JKPD) KEBANGSAAN 2026

Pada 4 November 2026, saya sebagai Pengerusi JPKD Negeri Kedah telah menghadiri mesyuarat pertama untuk penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah AADK. Selain dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi JKPD setiap negeri selaku kuorum rasmi, mesyuarat ini telah turut dihadiri oleh Dr Mohd Rafidi bin Jusoh, Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK dan Pengarah-pengarah AADK setiap negeri termasuk Tuan Md Razif bin Wan, Pengarah AADK Kedah.

Alhamdulilah, saya telah dipilih sebagai Bendahari JKPD Kebangsaan sementara Dato’ Ahmad bin Darus selaku Pengerusi JKPD Pulau Pinang telah dipilih sebagai Pengerusi JKPD Kebangsaan dan Tuan Wady bin Hamdan, Pengerusi JKPD Wilayah Persekutuan dipilih sebagai Timbalan Pengerusi JKPD Kebangsaan. Semoga dipermudahkan urusan kami semua dalam menunaikan amanah ini.

Berikut adalah senarai barisan JKPD Kebangsaan untuk sesi 2026-2029:
Pengerusi : Dato’ Ahmad bin Darus (Pulau Pinang)
Timbalan Pengerusi : Tuan Wady bin Hamdan (Wilayah Persekutuan)
Setiausaha : Puan Hafidah binti Mohd@Maasom (AADK)
Bendahari : Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid (Kedah)
AJK :
Datuk Akramuddin bin Haji Abdul Aziz (Melaka)
Dato’ Dr Ahmad Shukri bin Ismail (Pahang)
Dr Kamaruddin bin Md Tahir (Johor)
Tuan Seruandi bin Saad (Perlis)
Tuan Haji Zulkifli bin Yahya (Perak)
Tuan Abd Haffidz bin Md Noor (Selangor)
Tuan Shaharuddin bin Haji Abdul Hadi (Negeri Sembilan)
YB Tuan Hj Maliaman bin Kassim (Terengganu)
Tuan Zurkunan bin Haji Yusoff (Kelantan)
Tuan Jafruddin bin Haji Jaafar (Sabah)
Tuan Hj Yusree bin Zainuzzaman (Sarawak)

Dalam majlis ini juga, saya telah menerima kad keahlian JKPD bagi pihak setiap JKPD Daerah dalam Negeri Kedah.





























Comments