Pada 12 November 2026, saya telah dijemput menghadiri Program Jom Ronda SRS Peringkat Daerah Kota Setar di Dewan Taman Nuri, Alor Setar. Program dirasmikan oleh YBhg Puan Amira binti Abdullah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kedah. Turut hadir YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar.
Selepas itu, Puan Pengarah JPNIN Kedah turut merasmikan Kabin SRS KRT Progresif Taman Nuri. Saya telah dipelawa oleh pihak kepimpinan Rukun Tetangga setempat untuk menganjurkan program pencegahan dadah dan kesedaran perlindungan kanak-kanak di sini. Insya Allah akan diatur, jika ada kesempatan masa dan bajet mengizinkan pada tahun hadapan.

















Comments
Post a Comment