Sampai giliran saya bertugas sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak pada 17 November 2026. Kes hanya bermula pada sesi petang kerana Penama gagal hadir pada sesi pagi yang telah dijadualkan. Penama berumur 16 tahun dihadapkan dengan pertuduhan amang seksual di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan pencerobohan rumah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Perbezaan istilah antara Penama dan OKT (Orang Kena Tuduh) terletak pada had umur individu yang didakwa serta jenis mahkamah yang mengendalikan kes tersebut di Malaysia. Istilah Penama digunakan khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, manakala OKT merujuk kepada individu dewasa berumur 18 tahun ke atas.



Comments
Post a Comment