SANTAI MOTIVASI AADK KOTA SETAR

Pada 15 Jun 2017 bersamaan 20 Ramadan 1438H, telah diadakan Program Santai Motivasi bersama klien-klien AADK di Rumah Komuniti AADK Kampung Keloncor. Di samping pengisian dan perkongsian pengalaman daripada saya, program tahlil dan berbuka puasa juga diadakan bersama Orang Kena Pengawasan (OKP) ini dan masyarakat setempat.







Saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman berkenaan rawatan pemulihan dadah dari perspektif perubatan bersama klien-klien AADK terutamanya berkaitan rawatan terapi penggantian metadon. Program sebegini dapat mendekatkan OKP-OKP ini semula dengan masyarakat bagi melahirkan komuniti terapeutik yang berkesan. Tahniah AADK Kota Setar dan Pengerusi JKKK Kg Keloncor, 

Comments