MAJLIS PENGEBUMIAN SEORANG WIRA - MUHAMMAD ADIB

Pada 18 Disember 2018, saya berkesempatan menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau bersama ribuan masyarakat setempat. 

Seterusnya orang ramai memenuhi Masjid Tebengau untuk sama-sama menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Adib. Allahyarham adalah seorang anak Kampung Tebengau yang telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab sebagai anggota bomba sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hari ini beliau pulang ke kampung halaman dengan sambutan sebagai seorang wira. Beliau terkorban ketika melaksanakan tugas dalam insiden yang sungguh menyedihkan. Kita menuntut pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan. Ini bukan isu perkauman atau politik. Ini adalah isu bagaimana seorang penjawat awam yang terkorban ketika menjalankan tugas dalam tragedi yang tidak seharusnya berlaku. Semoga keadilan dapat ditegakkan. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh Al-fatihah.

                                     












Comments