RAI KEMENANGAN PRK P078

Santai bersama ketua-ketua cawangan Umno dan ahli-ahli Pas di Sungai Baru Gunong, Anak Bukit bagi meraikan kejayaan Barisan Nasional di PRK Parlimen Cameron Highlands. Mereka yang hadir sangat teruja dengan kemenangan pertama hasil kerjasama politik Umno dan Pas. Malah jamuan makan ini diadakan kerana ada yang telah berniat untuk buat kenduri sekiranya BN menang. Ternyata kemenangan BN di P078 disambut dengan penuh kesyukuran oleh mereka yang menyokong kesatuan ummah. Alhamdulilah.





Comments