MoU PROGRAM KESEDARAN DIABETES KEDAH

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kedah Lions Club dan Diabetes Malaysia Negeri Kedah untuk kerjasama penganjuran ‘Kedah Diabetes Awareness Program’ yang akan melibatkan saringan 5000 peserta dan pendidikan kesihatan di seluruh negeri Kedah melalui peruntukan geran diabetes Lions Club International Foundation(LCIF). 

Kedah Lions Club diwakili oleh Presiden mereka iaitu En Chin Chun Cheat dan saya mewakili Diabetes Malaysia Negeri Kedah atas kapasiti sebagai Timbalan Pengerusi.
MoU ini disaksikan oleh YBhg Datin Ellis Suryati binti Omar, Past International Director, LCIF Area Leader, Lions Clubs International dan Dr Zainal bin Haji Che Mee, Pengerusi Diabetes Malaysia Negeri Kedah. 

Semoga geran peruntukan ini mendapat kelulusan daripada LCIF yang berpusat di Chicago dan program murni ini dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat negeri Kedah di semua 11 daerah.






                                             














Comments