MESYUARAT KHAS UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH

Mesyuarat khas UMNO Bahagian Kuala Kedah telah diadakan pada 17 Julai 2019 di Pejabat UMNO Negeri Kedah bagi membincangkan persediaan akhir menganjurkan mesyuarat perwakilan bahagian. Mesyuarat khas ini dimulakan dengan majlis bacaan tahlil untuk Allahyarham Shaiful Anuar Che Rus, mantan Ketua Penerangan Bahagian yang pulang ke rahmatullah kelmarin. 

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah akan diadakan pada 27 Julai 2019 bertempat di Dewan MBAS, Alor Setar. Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan merasmikannya.





Comments