PROGRAM KESEDARAN DIABETES PDRM-MCPF KEDAH 2019

Program Kesedaran Diabetes PDRM-MCPF Kedah 2019 telah diadakan di Auditorium, Ibu Pejabat Kontinjen PDRM Kedah, Alor Setar pada 28 November 2019. Program ini diadakan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah, Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kedah dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Zainuddin bin Yaacob, Ketua Polis Kedah. Antara peserta yang hadir adalah Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen PDRM Kedah, YBhg Dato' Mohd Hashim Bin Othman, Pengerusi RESPA Kedah dan ahli-ahli RESPA serta hampir 250 warga kerja Kontinjen PDRM Kedah serta dif-dif jemputan.

Saya telah menyampaikan ceramah bertajuk Wabak Alaf Baru - Diabetes dan Komplikasi. Pemeriksaan kesihatan iaitu ujian saringan paras gula, tekanan darah dan BMI dikendalikan oleh Diabetes Malaysia Negeri Kedah. Selain itu, pameran kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar juga diadakan. Seramai 155 orang telah disaring dan pesakit baru yang dikesan telah dirujuk untuk rawatan susulan di klinik berdekatan.

Semoga program ini dapat menggalakkan warga PDRM mengamalkan gaya hidup sihat dan memahami penyakit diabetes dengan lebih tepat serta mengetahui kaedah pencegahannya.

                                     

























                  


Comments