ZIARAH KEBAKARAN DI TELOK CHENGAI

Pada 15 Jun 2020, satu lawatan telah diadakan untuk meninjau dua buah rumah di Kampung Telok Chengai yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini. Sebuah rumah terbakar hampir separuh dan sebuah lagi hangus. Syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku kerana penghuni-penghuninya bersama bayi berumur 10 hari sempat keluar rumah sehelai sepinggang ketika api sedang marak. Saya menyampaikan sedikit sumbangan daripada UMNO Bahagian Kuala Kedah bagi meringankan beban keluarga mangsa. Turut bersama saya Ketua Wanita, Ketua Pemuda, AJK Bahagian dan Ketua Cawangan UMNO Telok Chengai. Semoga mereka reda dan tabah dengan musibah ini.










Comments