SUATU PETANG DI KAMPUNG TEPI LAUT


Pada suatu petang, baru-baru ini, saya bertemu anak-anak nelayan di sekitar Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah. Anak-anak nelayan ini banyak menghabiskan masa bergelumang dengan lumpur mencari ketam untuk dijual. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka terus kekal bersekolah. Ibu bapa perlu disedarkan bahawa hanya melalui pendidikan, taraf kehidupan mereka sekeluarga dapat ditingkatkan. Keciciran sekolah bukan satu pilihan. Ini adalah satu cabaran yang tidak mudah kepada sesiapa yang mahu berkhidmat kepada masyarakat.

Comments