KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI BELIA DAERAH KOTA SETAR

Pada 26 Oktober 2020, satu kunjungan hormat telah diadakan ke atas Puan Nazifah binti Mohd Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar yang baharu. Kerjasama yang erat antara MCPF Daerah Kota Setar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar amat penting memandangkan program-program pencegahan jenayah banyak melibatkan golongan belia. Turut hadir bersama dalam pertemuan ini adalah Setiausaha Majlis Belia Daerah Kota Setar. Insha Allah kita akan selaraskan dan bekerjasama untuk penganjuran program-program berbentuk pencegahan jenayah selepas ini.

                                       





Comments