MESYUARAT KES WANITA DAN KANAK-KANAK YANG TERLIBAT DADAH

Pada 19 Oktober 2020, saya telah mempengerusikan mesyuarat tindakan bersepadu kes dadah melibatkan wanita dan kanak-kanak Kuala Kedah. Inisiatif ini merupakan pertama kali diambil di daerah Kota Setar yang melibatkan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah, PDRM, AADK, Pasukan Pelindung Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah, Klinik Kesihatan Kuala Kedah dan MCPF Daerah Kota Setar.

Lima kes telah dibentangkan dan kami berbincang bagi mencari jalan terbaik menyelamatkan wanita-wanita ini dan anak-anak mereka. Tarikh lawatan bersepadu telah diatur di rumah-rumah berkenaan yang memerlukan tindakan intervensi yang diselaras bersama. Semoga usaha murni kami ini dipermudahkan.





Comments