INISIATIF PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19 HAMPIR 5 RIBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar untuk menerima vaksin covid-19 lebih cepat melalui inisiatif yang telah saya mulakan minggu lepas kerana peningkatan kes covid-19 dan kematian di Kuala Kedah. Semua nama telah saya panjangkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan inisiatif ini saya tutup dahulu memandangkan jumlah yang mendaftar sudah hampir 5 ribu orang.

Ada yang telah dipanggil untuk menerima vaksin di Klinik Kesihatan Kuala Kedah. Walau bagaimanapun, bagi menampung jumlah yang ramai, Dewan KDN Anak Bukit akan dijadikan pusat pemberian vaksin untuk mereka yang telah mendaftar, dan tarikh yang dijadualkan adalah dari 28 Ogos 2021 hingga 2 September 2021.

Sila kemaskini dan rujuk selalu MySejahtera anda untuk mengetahui tarikh, masa dan lokasi pemberian vaksin anda. Lapangkan masa terutama dalam jangka waktu tarikh yang telah dimaklumkan. Terima kasih kerana anda berminat untuk menjaga kesihatan diri dan bersama dalam mewujudkan imuniti berkelompok di Kuala Kedah.

Jaga diri. Patuhi SOP.
Lindung Diri Lindung Semua.

Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid



Comments