PENGERUSI JKPD PENGGGAL KEDUA

Pada 15 Februari 2022, telah diadakan mesyuarat pertama lantikan baharu Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD)Daerah Kota Setar. Alhamdulilah, dalam mesyuarat ini, saya dipilih sebulat suara untuk penggal kedua bagi meneruskan khidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar untuk tahun 2022-2024.

Banyak lagi agenda dan gerak kerja yang perlu diatur bagi membantu dalam merawat pulih seramai 1956 Orang Kena Pengawasan (OKP) yang berdaftar dengan AADK Daerah. Antaranya saya akan menumpukan usaha untuk membantu OKP wanita dan remaja serta menyediakan peluang untuk mereka menyertai bidang keusahawanan dan kemahiran. Pihak JKPD juga akan membantu AADK untuk merujuk kes-kes OKP yang memerlukan rawatan di klinik OSCA di Kuala Kedah. Semoga dipermudahkan segala usaha kami ini.





Comments