PERTEMUAN BERSAMA PEMIMPIN

Pada 9 Februari 2022, saya bersama Timbalan-timbalan Ketua UMNO Bahagian Negeri Kedah telah mengadakan beberapa kunjungan hormat dan pertemuan bersama beberapa pemimpin tertinggi UMNO. Kami mengambil inisiatif ini adalah bagi mendapatkan pandangan dan maklumat terkini tentang perkembangan senario politik negara. Di samping itu, peluang ini juga diambil bagi menyampaikan pendirian kami sebagai mewakili pendapat akar umbi.

Pertamanya kami melakukan kunjungan hormat ke atas YBhg Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Penasihat Khas Agama kepada YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, di pejabat beliau Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Seterusnya kami mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selepas itu, kami mengadakan perjumpaan bersama YBhg Dato’ Dr Fathul Bari bin Mat Jahaya, Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Pada malamnya pula, kami bersama YBhg Datuk Mohd Razlan bin Muhammad Rafii, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Terima kasih kerana sudi bertemu kami dan berkongsi perkembangan politik terkini.

                                        








Comments