MESYUARAT KHAS TINDAKAN WANITA DAN KANAK-KANAK BIL 1/2022

Pada 16 Mac 2022, saya telah mempengerusikan mesyuarat khas tindakan bersepadu menangani kes wanita dan kanak-kanak yang terlibat dadah. Mesyuarat ini adalah inisiatif saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar bersama Unit Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar.

Tujuh kes telah dibentangkan dan keutamaan diberikan dalam menyelamatkan kanak-kanak ini yang sedang hidup dalam suasana yang tidak sihat. Semua bayi yang dilahirkan ini adalah anak tak sah taraf yang dilahirkan oleh ibu yang merupakan seorang penagih dan hasil daripada bersekedudukan dengan teman lelaki mereka. Usaha seterusnya adalah memastikan si ibu mendapat rawatan pemulihan dan memberi peluang kedua untuk mereka berubah.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Kota Setar, Pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM, Pengerusi Pasukan Pelindung Kanak-kanak, Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-kanak, wakil Klinik Kesihatan Kuala Kedah dan Pengerusi Majlis Belia Daerah. Semoga usaha kecil kita ini dipermudahkan.

Terbaik team Kota Setar.

                                       







Comments