KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS KEDAH

Pada 29 Ogos 2022, saya menyertai kunjungan hormat YBhg Dato Kamarudin bin Ali, Exco MCPF Pusat bersama Exco MCPF Kedah ke atas YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah merangkap Pengerusi MCPF Negeri Kedah.

Turut hadir bersama YDH SAC Alzafny bin Ahmad, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, PDRM Kedah dan YBhg Dato Hashim Ali, Timbalan Pengerusi MCPF Kedah serta Dr Muhamad Fadhil Bin Mohamad Marzuki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Antara yang dibincangkan adalah Program Pencegahan Jenayah peringkat sekolah-sekolah di Negeri Kedah berfokus kepada kes buli dan dadah, serta program kolaborasi MCPF bersama PDRM, Jabatan Kesihatan Negeri dan AADK.









Comments