MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN 2022

Pada 22 Ogos 2022, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Kuala Kedah Tahun 2022.

Dalam ucapan saya menyampaikan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin UMNO cawangan kerana masih tetap terus setia bersama parti dalam setiap keadaan susah dan senang. Inilah perjuangan yang sejati. Rata-rata akar umbi mahukan PRU diadakan segera dan saya pula mahukan setiap daripada mereka bekerja kuat bagi memastikan mereka berada dalam pasukan yang menang.

                                   










Comments