MESYUARAT MPUKP KUALA KEDAH BIL 1/2022

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen (MPUKP) Kuala Kedah Bil 1/2022 pada 10 Ogos 2022 di Bilik Seri Mahsuri, Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah, Anak Bukit.

Turut hadir adalah Puan Norzila binti Nayan, Pengarah SKM Negeri Kedah, En Ibrahim bin Ariffin, Pengurus TEKUN Negeri Kedah, Puan Nazifah binti Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, wakil-wakil agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Bank, SME Corp dan Institut Latihan Koperasi. Selain itu, saya turut melantik wakil-wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, AADK, LKIM, MADA, ANGKASA, koperasi, usahawan dan NGO terutamanya Majlis Belia Daerah dan Negeri untuk menganggotai MPUKP ini.

Semoga segala perancangan berjalan lancar demi agenda pembangunan usahawan dan pemerkasaan koperasi di Parlimen Kuala Kedah.











Comments