PEMERGIAN SAHABAT YANG BAIK

Pada tengah hari Jumaat 12 Ogos 2022, saya telah kehilangan seorang sahabat baik iaitu Dato’ Awang Din yang telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham merupakan seorang pesara Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang berpengalaman luas dan lama berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri.

Tidak disangka pertemuan saya bersama beliau beberapa hari sebelum saya berangkat ke tanah suci adalah pertemuan kami yang terakhir. Allahyarham sempat berkongsi pengalaman tentang penggubalan Akta SOSMA dan POTA ketika perjumpaan kami ini.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Semoga Allah kurniakan kepadanya keampunan, merahmatinya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikan kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah.

                                        





Comments