ZIARAH PAK TAM NOH DAN MUKHRIZ

Ziarah Pak Tam Noh di Taman Kota Nelayan baru-baru ini. Beliau mengalami serangan jantung pada malam tahun baharu sehingga jantung beliau berhenti seketika dan telah digerakkan semula selepas beberapa minit CPR oleh doktor. Alhamdulilah beliau semakin sihat.

Selepas itu saya ke Kampung Sematang Pinang untuk menziarahi Adik Mukhriz, pelajar Tingkatan Lima SMK Seri Pantai yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beliau patah tulang betis yang memerlukan penggunaan peralatan ortopedik yang dipasang sementara (external fixator) yang dijangka akan mengambil masa setahun untuk pulih.




Comments