HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN 2023

Program Santai Pagi sempena Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADK) 2023 telah diadakan pada 19 Februari 2023 bertempat di Dataran Pahlawan, Taman Jubli Perak, Alor Setar. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik bersama peserta-peserta klien AADK, Skuad AADK, pelajar Giat MARA Alor Setar dan masyarakat awam.

Selepas itu, saya bersama Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar dan Pengerusi Skuad AADK menyebarkan risalah anti dadah kepada pengunjung-pengunjung yang berada di kawasan sekitar. Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADK) adalah peringatan yang disambut pada setiap 19 hari bulan Februari setiap tahun.









Comments