MINGGU ANTI DADAH KSAH

Pada 3 Julai 2023, saya telah dijemput oleh sekolah lama saya, Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) untuk menyampaikan ceramah ‘Bahaya DARVIH’ kepada 900 pelajar sempena Minggu Anti Dadah 2023. Program ini dirasmikan oleh Yang Berusaha En Azhar Baharudin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), KSAH.

Banyak nostalgia saya ketika belajar di sini pada tahun 1990-1992. Pada tahun 1993, saya telah menerima Anugerah Pingat Perak Tunku Bendahara Kedah YTM Tunku Abdul Malik sebagai pelajar
terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1992 dengan keputusan 8A1. Atas kejayaan ini, saya sangat terhutang budi kepada guru-guru di sini yang kebanyakannya sudah bersara.

Saya berharap pengisian ceramah saya dalam program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar agar menjadi warga yang berguna kepada masyarakat dan negara. Terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk kembali menyumbang sedikit bakti. Walaupun sudah lebih 30 tahun, saya masih boleh menyanyikan lagu rasmi sekolah yang sentiasa menyentuh hati.

(DARVIH : Dadah, Rokok, Vape, Inhalan, HIV)


                  












                                                     



Comments