MESYUARAT JKPD DAERAH KOTA SETAR BIL 1/2024

Mesyuarat pertama tahun ini. Pada 3 Januari 2024, saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar Bil. 1/2024.

Mesyuarat ini membincangkan halatuju dan program-program untuk tahun 2024. Tahun ini kami akan memfokuskan usaha membantu kepulihan klien-klien wanita dan belia-belia yang berumur bawah 30 tahun. Untuk makluman, jumlah klien terkini yang berdaftar dengan AADK bagi Daerah Kota Setar dan Pokok Sena adalah seramai 1219 orang.

Insya Allah, pasukan kami lebih mantap pada tahun ini dengan barisan jawatankuasa yang terdiri daripada Pakar Psikiatri, Pegawai Kaunselor KKM, Pelindung Kanak-kanak JKM, Pengetua Sekolah Agama, Pegawai Penerangan LPPKN, Exco Majlis Belia Negeri, tokoh korporat dan aktivis masyarakat.












Comments