Keratan akhbar di atas diambil
daripada sebuah akhbar tempatan pada 12 Ogos lalu yang memaparkan kisah sedih
seorang warga emas yang tinggal di sebuah bangsal lembu di Sematang Pinang,
Kuala Kedah. Sebaik sahaja saya membaca kisah ini, saya telah mengambil
inisiatif untuk turun melihat sendiri keadaan beliau selepas mendapat maklumat latar
belakang daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan masyarakat serta pemimpin
setempat tentang apa sebenarnya yang berlaku. Warga emas ini mengakui menerima
bantuan bulanan daripada pihak JKM bagi menyara hidupnya. Walau bagaimanapun,
beliau mempunyai dua orang anak dan salah seorangnya hanya tinggal di sebelah
rumah bangsal lembunya itu. Apa yang mengejutkan saya, beliau memaklumkan rumah
sebelah yang diduduki oleh anaknya dan keluarga adalah miliknya. Beliau enggan
tinggal bersama mereka kerana mempunyai konflik dengan anaknya. Beliau juga ditemani oleh cucunya yang berumur
20 tahun dan sudah bekerja. Anak beliau seorang lagi tinggal di Alor Setar dan
beliau juga enggan tinggal bersama anaknya yang itu.
Rumah di sebelah adalah milik warga emas dan diduduki oleh anaknya bersama keluarga |
Beliau berharap agar dapat diberi
rumah baru oleh pihak berwajib kerana mahukan tempat yang selesa untuk
beribadah. Saya cadangkan beliau tinggal di mana-mana pondok yang ada di Kedah
ini yang menyediakan kemudahan yang amat baik kepada warga emas yang mahu menumpukan
sepenuh masa untuk beribadah. Usaha untuk membina rumah baru adalah agak sukar
melihatkan situasi sebenar beliau dan tanah rumah bangsal lembu itu adalah
milik kerajaan seperti mana rumah-rumah lain dalam kawasan itu. Pandangan saya,
bukanlah saya tidak berasa kasihan melihat keadaan rumah bangsal lembu itu
tetapi segala yang berlaku adalah pilihan warga emas itu sendiri. Beliau sendiri
yang memilih untuk tinggal di situ sedangkan banyak lagi alternatif lain yang
lebih baik. Malah saya dimaklumkan oleh pihak JKM, beliau juga tidak berminat
apabila ditawarkan untuk diberikan sebuah rumah pangsa di Flat Seri Gemilang.
Pastinya sesiapa yang membaca cerita tersebut
akan merasa sedih dan belas kasihan terhadap warga emas tersebut. Pasti juga ada
yang mula berpandangan buruk terhadap agensi berwajib dan pemimpin masyarakat
dengan nada yang sinis atau kesat kononnya pihak-pihak ini gagal menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan. Persepsi sebegini biasa berlaku dalam era media
sosial kini apabila maklumat sebenar tidak didedahkan dan pihak yang melapor
ada kepentingan dengan niat dan matlamat yang tertentu. Sewajarnya kita harus
mendapat maklumat dan gambaran yang sebenar sebelum membuat apa-apa kesimpulan
bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Ini seharusnya menjadi asas dan etika
kewartawanan yang baik.
Di akhir
pertemuan, warga emas ini sempat memaklumkan kepada saya yang beliau tidak
mengundi saya pada PRU lalu. Saya beritahu saya tak kisah kerana itu bukan tujuan
saya datang ziarah beliau.
Tahniah dr......takdir Ilahi dan pilihannya sendiri....boleh juga tinggal kat rumah org tua2...selain pondok, flet dsbgnya...apapun kita bantulah setakat yg mampu....didoakan dia tabah dan bahagia....sbb bahagia tak semestinya mewah.......
ReplyDeleteTahniah dr......takdir Ilahi dan pilihannya sendiri....boleh juga tinggal kat rumah org tua2...selain pondok, flet dsbgnya...apapun kita bantulah setakat yg mampu....didoakan dia tabah dan bahagia....sbb bahagia tak semestinya mewah.......
ReplyDeleteBetui doc.. saya juga ada 'terlekat' dengan seorang warga emas yang tinggal bersendirian di Taman Wira Mergong. Memang kesian tengok dia. Dalam hati terfikirlah, takkan saudara mara begitu kejam tinggalkan dia mcm tu. Hakikatnya doktor, dia yg pilih utk hidup mcm tu. Tp kalau dengaq dia cerita, mcm org sekeliling tu takdak hati perut. Bila kita sarankan ke rumah org tua, dia marah kat kita balik. Rumah saudara mara xleh dok sbb semua tak kena. Hihi.. Mcm tu lah doc Zaki.. Kita esok-esok taktau mcmana lagi.. Tcare doc Zaki. Semoga Allah sentiasa memberi kejayaan yang gemilang kpd doktor. Amiiinn...
ReplyDelete