MUKADDIMAH
Pada 27 Februari 2016, YAB
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah
mengumumkan tahun 2016 sebagai kempen besar-besaran untuk memerangi jenayah
berkaitan dadah ketika merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di
Taman Awam Lawas, Sarawak. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan
peningkatan jumlah penagih dadah berdaftar seramai 26,660 orang pada tahun
lalu, menjadikan keseluruhan 282,660 penagih direkodkan seluruh Negara ketika
ini. Selain itu, peningkatan penagih daripada golongan muda yang produktif
menyumbang sebanyak 73.4% termasuk murid sekolah dengan paling muda berumur
tujuh tahun
yang dikesan menjadi penagih dadah pada tahun lalu. Dengan bertambahnya penagih
baru kepada 76.1% tentunya memerlukan langkah baharu lebih berkesan bagi
memerangi gejala itu.
Sehubungan itu, sebanyak 178
kawasan telah dikenalpasti sebagai kawasan berisiko tinggi seluruh negara dan
14 kawasan tumpuan telah dipilih oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
sebagai kawasan paling tinggi risiko kerana mempunyai bilangan penagih antara
yang tertinggi di Malaysia.
Dalam konteks negeri Kedah,
sehingga Jun 2016, seramai 6053 orang telah dikenalpasti sebagai penagih.
- Dari jumlah tersebut
5878 adalah terdiri lelaki dan 175 pula perempuan. Jika dilihat dari umur
pula, seramai 2916 orang adalah berumur
dibawah 30 tahun, 2774 orang
berumur 31 sehingga 50 tahun. 363 orang berumur 50 tahun ke atas.
- Dari segi bangsa 5590
adalah Melayu, 175 adalah berbangsa Cina, 250 orang berbangsa India dan 38
orang bangsa lain-lain.
- Dari aspek pekerjaan,
1991 orang tiada pekerjaan, 1169 orang adalah dari sektor pertanian /
perikanan, 851 orang adalah dari sektor binaan. 721 orang adalah dari
bidang teknikal. 345 orang adalah bekerja sebagai buruh. 321 orang adalah
dari sektor jualan. 320 orang pula berkhidmat dalam sektor perladangan
- Dari aspek Penggunaan bahan pula 3064 adalah penagih opiat, 2446 orang dikesan sebagai penagih ATS. 543 orang penagih ganja. (Sumber AADK Negeri Kedah)
Kuala Kedah terutamanya
meliputi kawasan perkampungan nelayan Kg Tengah adalah antara kawasan berisiko
yang mempunyai jumlah penagih yang paling tinggi (rujuk Lampiran 1). Isu
penyalahgunaan dadah di kalangan belia terutama di Kuala Kedah merupakan suatu
isu yang tiada berkesudahan. Ia bukanlah perkara baru tetapi merupakan sesuatu
yang sudah lama diperkatakan dan dicari jalan penyelesaian. Oleh sebab ia sukar
ditangani, ramai pihak memandang sepi hal ini dan menyifatkan peperangan
menentang najis dadah adalah satu pertempuran yang sia-sia yang mana telah
terjamin kekalahannya. Namun begitu, kita harus sedar perjuangan membebaskan
belia daripada belenggu najis dadah merupakan satu jihad yang berterusan yang
bertujuan melindungi setiap generasi anak bangsa daripada terjebak ke lembah
kebinasaan.
Oleh itu, sebagai menyahut
cabaran Perang Dadah Habis-habisan 2016 ini, dan demi survival anak bangsa,
Majlis Belia Malaysia melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Manusia, Gejala
Sosial dan Dadah dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Kedah telah mengambil
inisiatif untuk sama-sama memainkan peranan dalam isu pembanterasan dadah di
Kuala Kedah terutama di 6 lokaliti tumpuan utama. (rujuk lampiran 2).
Isu jangkitan HIV/AIDS dan penyakit
transmisi seksual (STI) adalah
satu lagi permasalahan belia yang walaupun saban hari kita telah didedahkan
tentang risikonya, rata-rata masyarakat masih kurang kesedaran terhadap
bahayanya. Seperti juga masalah dadah, isu ini juga berkait rapat dengan pergaulan
bebas dan pengaruh rakan sebaya. Oleh itu, kedua-dua isu ini perlu ditangani
secara bersama bagi memastikan satu kaedah yang lebih berkesan dapat dijalankan
bagi memastikan kelangsungan survival bangsa terus terjamin. Ini membuktkan adanya keperluan
bahawa satu
program serampang dua mata amat dituntut bagi menangani kedua-dua isu ini yang
tidak boleh dilihat secara berasingan. Tambahan pula kes-kes penyakit ini banyak melibatkan
golongan belia jika dilihat pada statistik untuk daerah Kota Setar. (rujuk
lampiran 3 dan 4).
Pelan Perancangan Strategik
Pembangunan Lestari Kuala Kedah merupakan satu inisiatif yang telah digariskan
oleh Majlis Tindakan Membanteras
Dadah (MTMD) Negeri Kedah, yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah,
melalui penubuhan sebuah jawatankuasa yang berperanan merangka dan menyelaras
program-program pembangunan sosial dan ekonomi pelbagai agensi dan jabatan
dalam menangani permasalahan dadah di Kuala Kedah. Tidak dinafikan pembangunan fizikal
yang sedang dirancang akan dapat dilaksanakan tetapi cabaran utama adalah
pembangunan sosial yang memerlukan kerjasama banyak pihak lebih-lebih lagi jika
golongan sasaran adalah golongan belia. Oleh itu, amat bertepatan sekiranya
Majlis Belia Malaysia sebagai wadah anak muda memainkan peranan mengisi vakum
dalam pengisian program-program pencegahan dan pendidikan untuk para belia di
Kuala Kedah iaitu selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam Pelan Perancangan
Strategik Pembangunan Lestari Kuala Kedah ini.
Inisiatif Belia Lestari Kuala
Kedah 2016 ini
mempunyai tiga komponen utama yang akan menekankan aspek pendidikan dan
pencegahan iaitu proses upstream (Hulu) yang masih kurang memadai. Ini
adalah kerana proses downstream (Hilir) seperti penguatkuasaan dan
tangkapan oleh agensi berkuasa serta kaedah rehabilitasi dan rawatan perubatan
tidak dapat menyelesaikan isu ini malah ia akan memulakan satu kitaran
kehidupan yang ganas dan tiada berkesudahan.
Tiga program komponen tersebut adalah :
1.
Program
Transformasi Remaja Nadi Darulaman (TREND)
Sasaran :belia sekolah
2.
Liga
Bolasepak Perangi Dadah dan HIV/AIDS (PERDANA) Kuala Kedah
Sasaran :belia lepasan
sekolah
3.
Karnival
Lestari Kuala Kedah
Sasaran : golongan belia
dan masyarakat
setempat
OBJEKTIF
1.Menggerakkan satu misi masyarakat
sivil bagi membanteras gejala sosial di kalangan belia dengan kerjasama agensi
dan jabatan kerajaan negeri serta persekutuan dengan diterajui oleh belia
sendiri.
2.Memperkasa persatuan-persatuan belia
tempatan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang pelbagai untuk kebaikan
belia setempat.
3.Melahirkan satu golongan belia yang
mengamalkan gaya hidup sihat dan faham serta sedar akan risiko-risiko yang
bakal diterima jika melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral.
4.Merancakkan program-program pendidikan
dan pencegahan dadah dan gejala sosial sebagai pencetus ke arah pelaksanaan
lebih banyak program-program sebegini dan dijalankan secara berterusan.
5. Sebagai satu peluang mengetengahkan
isu gejala sosial di kalangan belia agar diberi perhatian oleh masyarakat
supaya sama-sama dapat bekerjasama menanganinya.
6. Melahirkan golongan belia yang
bertanggungjawab dan sedar akan wawasan perjuangan bangsa dan tanah air serta
cabaran-cabaran yang bakal dihadapi.
7. Mengimbangi pembangunan fizikal
dengan penganjuran program pembangunan sosial yang sangat didahagakan terutama
oleh golongan belia.
8. Mewujudkan budaya baru yang lebih
sihat dalam masyarakat dan menyediakan persekitaran yang lebih selamat kepada
anak muda supaya mereka lebih terhindar daripada terpengaruh gejala buruk yang
boleh merosakkan masa hadapan.
ANJURAN
Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia
Negeri Kedah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Kedah dengan
kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),Unit HIV/AIDS Pejabat Kesihatan
Daerah Kota Setar dan agensi-agensi yang berkaitan.
TEMPOH PROGRAM
September hingga November 2016
1. PROGRAM
KOMPONEN 1 : PROGRAM TRANSFORMASI REMAJA NADI
DARULAMAN (TREND)
OBJEKTIF
1. Memberi ilmu pengetahuan tentang
kepada pelajar sekolah tentang kaedah pencegahan penularan virus HIV dan
keburukan penggunaan najis dadah dan ketum.
2. Melatih pelajar-pelajar sekolah yang
berpotensi sebagai pemimpin sebaya di peringkat akar umbi agar menjadi agen
perubahan sikap dan tingkah laku terhadap gaya hidup yang berisiko tinggi.
3. Meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan ahli masyarakat tentang bahaya penglibatan najis dadah dan penyakit
AIDS adalah salah satu komplikasinya.
4. Sebagai kaedah untuk membentuk satu
golongan belia yang mengamalkan gaya hidup sihat dan faham serta sedar akan
risiko-risiko yang bakal diterima jika melibatkan diri dalam aktiviti yang
tidak bermoral.
5.Memberi motivasi kepada para pelajar
agar mempunyai matlamat hidup dan bersemangat mengejar kecemerlangan akademik
demi memperbaiki taraf sosio- ekonomi keluarga.
SASARAN
Fasa pertama melibatkan 600 orang
pelajar yang terdiri daripada 100 orang pelajar setiap sekolah di 6 buah
sekolah di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah iaitu pelajar Tingkatan 4 untuk
sekolah menengah dan pelajar tahun 5 untuk sekolah rendah.
TEMPOH
September hingga November 2016
PENGISIAN PROGRAM
Program
sehari ini melibatkan :
1.
Ceramah
Motivasi dan Kerjaya
2.
Ceramah
Bekas Penagih Dadah
3.
Latihan
Dalam Kumpulan
4.
Permainan minda
5.
Aktiviti team building
PERANCANGAN PROGRAM
AKTIVITI
|
TEMPAT
|
MASA CADANGAN
|
Program Cegah Dadah dan HIV/AIDS di Sekolah (CEDAS)
|
SMK Seri Pantai
|
September 2016
|
SK Seri Pantai
|
September 2016
|
|
SMK Kubang Rotan
|
Oktober 2016
|
|
SK Kuala Kedah
|
Oktober 2016
|
|
SMK Tengku Laksamana
|
November 2016
|
|
SK Haji Ismail
|
November 2016
|
2. PROGRAM
KOMPONEN 2 : LIGA PERANGI DADAH DAN HIV/AIDS (PERDANA) KUALA KEDAH
OBJEKTIF
1. Memberi ilmu pengetahuan tentang
kepada belia tentang kaedah pencegahan penularan virus HIV dan keburukan
penggunaan najis dadah dengan menggunakan pendekatan sukan bolasepak.
2. Melatih belia-belia yang berpotensi
sebagai pemimpin sebaya di peringkat akar umbi agar menjadi agen perubahan
sikap dan tingkah laku terhadap gaya hidup yang berisiko tinggi.
3. Meningkatkan kesedaran tentang amalan
gaya hidup sihat dengan mengisi masa senggang dengan aktiviti sukan dan riadah
yang dapat mengelakkan belia daripada terjebak dalam belenggu gejala sosial.
4. Sebagai kaedah untuk membentuk satu
golongan belia yang mengamalkan gaya hidup sihat dan faham serta sedar akan
risiko-risiko yang bakal diterima jika melibatkan diri dalam aktiviti yang
tidak bermoral. .
5. Memupuk disiplin dan sifat kerja
berpasukan di kalangan belia yang terlibat sebagai pemain dan juga penyokong.
6. Mendekatkan hubungan belia dengan
pemimpin masyarakat bagi mewujudkan interaksi yang sihat melalui aktiviti sukan
yang berjalan dalam tempoh yang lama.
SASARAN
Belia berumur 16 tahun hingga 40 tahun.
TARIKH
September 2016 hingga November 2016
TEMPAT
Padang
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Kuala Kedah
PENYERTAAN
10 pasukan yang terdiri daripada
pasukan-pasukan dari kampong-kampung dan taman-taman perumahan dalam Pekan
Kuala Kedah. Setiap pasukan diwajibkan mendaftar 20 orang pemain.
FORMAT
PERTANDINGAN
1. Jumlah dan Penggantian pemain : 11
pemain setiap waktu permainan dan 3 pemain gantian.
2. Sepuluh pasukan akan bermain secara
liga. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.
3. Tindakan tatatertib : 2 kuning = 1
kad merah, akan digantung sekurang sekurangnya satu perlawanan berikutnya dan
tindakan selanjutnya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib/Bantahan.
4. Pengurusan Perlawanan : di bawah
tanggungjawab Jawatankuasa Penganjur dalam melantik Pegawai Perlawanan,
menentukan masa, lokasi dan jadual perlawanan serta program-program anti dadah
dan HIV/AIDS yang bakal dijalankan.
5. Pengadil
permainan adalah pengadil yang bertauliah dari Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).
PENGISIAN
Aktiviti- aktivti pencegahan dadah dan
HIV/AIDS yang akan dijalankan :
1.
Taklimat selama 5 minit sebelum setiap perlawanan
berkenaan bahaya dadah dan HIV/AIDS.
2.
Pameran-pameran di tempat pertandingan berkenaan bahaya
dadah dan HIV/AIDS untuk pemain-pemain dan penyokong-penyokong ketika
perlawanan berlangsung.
3.
Program selitan berkenaan bahaya dadah dan HIV/AIDS yang
akan dianjurkan dari masa ke masa pada masa tertentu yang melibatkan beberapa
pasukan dan pelajar-pelajar sekolah yang terbabit.
4.
Pengedaran pamphlet dan risalah tentang bahaya dadah dan
HIV/AIDS kepada pemain-pemain dan penyokong-penyokong.
5.
Kertas soalan yang menguji pemahaman para pemain dan
penyokong berkenaan bahaya dadah dan HIV/AIDS akan diedar sebelum dan selepas
program.
6.
Program khas yang menekankan bahaya rokok akan juga
dijalankan serentak.
7.
Aktiviti kempen cara hidup sihat seperti beraktiviti
fizikal dan mengamal pemakanan secara sihat turut didedahkan.
3. PROGRAM KOMPONEN 3 :KARNIVAL KUALA KEDAH
LESTARI
OBJEKTIF
1. Menjadi pusat sehenti masyarakat
dalam menyalurkan maklumat dan memberi penerangan tentang program dan dasar
kerajaan melalui agensi dan jabatan kerajaan.
2. Memberi peluang kepada golongan belia
yang berminat untuk menyambung pengajian terutama dalam bidang kemahiran.
3. Menjadi platform bagi membuka peluang
kerjaya melalui temuduga terbuka dan bantuan keusahawanan.
4. Sebagai kaedah untuk membentuk satu
golongan belia yang mengamalkan gaya hidup sihat dan faham serta sedar akan
risiko-risiko yang bakal diterima jika melibatkan diri dalam aktiviti yang
tidak bermoral. .
5. Sebagai satu peluang mengetengahkan
isu gejala sosial di kalangan belia agar diberi perhatian oleh masyarakat
supaya sama-sama dapat bekerjasama menanganinya.
6. Mengadakan saringan kesihatan bagi
mengesan penyakit lebih awal agar rawatan awal dapat diberi bagi mengelak
komplikasi yang lebih buruk.
7.Mendekatkan belia dengan
program-program keagamaan.
8.Menyatupadukan masyarakat dengan
memberi kesedaran dan penekanan tentang cabaran-cabaran sosial semasa yang
sedang berlaku dalam masyarakat supaya mereka lebih peka tentang ancaman
terhadap keluarga masing-masing.
SASARAN
Golongan belia dan masyarakat umum di Kuala Kedah
TARIKH
November 2016
TEMPAT
Pekarangan
Muzium Kota Kuala Kedah
PENGISIAN
1.
Majlis perasmian oleh YAB Menteri Besar Kedah atau Exco Kerajaan Negeri
Kedah.
2.
Program bual bicara berkenaan gejala sosial remaja.
3.
Pameran-pameran oleh agensi kerajaan berkenaan dadah,
jenayah, keselamatan dan kesihatan.
4.
Forum hal-ehwal agama
5.
Karnival pekerjaan bagi menyediakan peluang pekerjaan
kepada belia setempat.
6.
Peraduan mewarna kanak-kanak tadika.
7.
Persembahan artis tempatan.
8.
Gerai institusi pendidikan yang menawarkan peluang
menyambung pelajaran terutama dalam bidang kemahiran.
9.
Gerai agensi yang menawarkan kemudahan perkhidmatan
seperti pinjaman perniagaan dan klinik keusahawanan.
10. Perkhidmatan
saringan kesihatan percuma termasuk saringan tanpa nama untuk HIV dan
hepatitis.
11. Gerai
jualan usahawan tempatan terutamanya yang berkaitan bidang pertanian dan
perikanan.
12. Perkongsian
pengalaman banduan dan bekas penagih
HARAPAN
Amat besar harapan kita agar Kuala Kedah
dapat berubah wajah dan melalui
penganjuran inisiatif ini, Kuala Kedah berupaya memasuki fasa pertama
transformasi ke arah pembangunan fizikal dan sosio ekonomi yang lebih holistik
yang bakal menjanjikan masa hadapan yang lebih baik buat generasi muda Kuala
Kedah. Semoga kejayaan program-program dalam
inisiatif ini akan menjadi model untuk dilaksanakan pula mengikut kesesuaian
masa dan keperluan penduduk setempat di kawasan-kawasan lain yang juga berisiko
tinggi seperti Kuala kedah.
PENUTUP
Akhir kata,
kepada Allah s.w.t dipohon petunjuk dan hidayah serta keredhaan-Nya, selawat
dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, semoga segala
perancangan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, mencapai objektif yang
telah digariskan dan mendapat keberkatan. Insya Allah.
Disediakan oleh :
DR ZAKI ZAMANI
BIN ABD RASHID
Exco
Majlis Belia Negeri Kedah
LAMPIRAN 1 :
KERATAN AKHBAR BH 14
JULAI 2016
LAMPIRAN 2 :
MAKLUMAT ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) DI KAWASAN KUALA KEDAH SEHINGGA MEI
2016
Bil.
|
Kawasan / Kampung /
Taman
|
Jumlah OKP (Orang)
|
1.
|
Kampung
Hulu / Kampung Tengah
|
51
|
2.
|
Taman
Sri Putra
|
35
|
3.
|
Taman
Kota Nelayan
|
27
|
4.
|
Kubang
Rotan
|
22
|
5.
|
Kampung
Tok Pasai
|
40
|
6.
|
Taman
Bersatu
|
42
|
JUMLAH
|
217
|
Sumber : Pejabat AADK Daerah Kota Setar dan Pokok Sena
Sumber : Pejabat
Kesihatan Daerah Kota Setar
LAMPIRAN 4 :
BILANGAN KES STI / HIV
MENGIKUT JANTINA, BANGSA DAN UMUR SEHINGGA MEI 2016
Sumber : Pejabat
Kesihatan Daerah Kota Setar
Comments
Post a Comment